Muka Hadapan
Berita Terkini
Selamat Datang ke Kaprima Prime
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T., dengan limpah serta izinnya Kaprima Livestock Sdn. Bhd. telah berjaya mewujudkan satu laman web yang lebih khusus, yang mana akan berfungsi 24 jam, dan bertujuan untuk menjadi medan atau balai informasi semasa bagi kegunaan syarikat dan semua mereka yang terlibat dan berminat di dalam usaha pembangunan kaprima ini dan pembangunan industri kambing pedaging di Malaysia amnya.

Kami melihat laman web ini adalah merupakan pelengkap yang penting kepada semua usaha pembangunan dan pengeluaran komoditi yang sedang dan akan dijalankan oleh kami dan semua mereka yang telah menjalani latihan sangkut di ladang Kaprima Livestock Sdn. Bhd. Kami percaya ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan usaha kumpulan ini dari masa ke semasa, khususnya pihak Kementerian Pertanian sendiri yang telah banyak mengeluarkan peruntukan untuk melatih ramai bakal usahawan di dalam bidang ini.